USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUMPULAN ARKEOLOGI USM SAHKAN TAPAK PRASEJARAH DI PESISIRAN PANTAI TEMPATAN

guar 6

SEBERANG PERAI UTARA, 25 April 2017 – Kumpulan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui rangka manusia yang dianggarkan berusia 5,000 tahun di sebuah tapak pembinaan di sini.

Kumpulan dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM yang diketuai oleh Pengarahnya Profesor Dato’ Dr. Mohd Mokhtar Saidin menawarkan kepakaran mereka untuk meneliti dan mengkaji lebih lanjut rangka prasejarah tersebut.

Rangka yang terdiri daripada tengkorak, tulang paha dan tulang rusuk ditemui sewaktu beberapa pekerja sedang menggali kawasan tersebut yang telah dikenalpasti sebagai tapak pembinaan galeri arkeologi di masa hadapan.

guar 5

DSC 8874

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran jalan utama di Kg Guar Kepah merupakan tapak arkeologi yang terkenal dalam kalangan pakar arkeologi. Persekitaran kawasan ini dulunya pernah menjadi tapak pihak British menemui peninggalan rangka yang tertanam di bawah timbunan cengkerang laut yang dipercayai wujud sekitar tahun 1800an. Peninggalan tersebut kini disimpan dengan baik di Leiden, Belanda.

Jika dibandingkan dengan Perak Man (yang sebelum ini ditemui oleh USM di dalam sebuah gua di Lenggong, Perak), penemuan ini ditemui dilokasi yang dahulunya adalah pesisiran pantai prasejarah. Ini membuktikan kewujudan sebuah komuniti yang pernah menetap di situ dan mengamalkan budaya dan kepercayaan yang khusus. Kewujudan peninggalan tembikar yang tertanam bersama rangka tersebut mengesahkan kewujudannya pada zaman Neolitik.

guar 7

guar 78

DSC 8708

Selain Guar Kepah, cengkerang laut yang sama juga ditemui di kawasan terdapat aktiviti manusia termasuk komuniti pesisiran pantai di beberapa tempat di Indonesia (Aceh, Medan) dan juga komuniti lain seperti di Senegal.

Kewujudan cengkerang ini mampu membuktikan wujudnya pelbagai amalan kehidupan komuniti tersebut.

Penemuan pasukan PPAG USM ini telah memberikan maklumat baru, di antaranya ialah:

  1. Ia adalah satu-satunya tapak perkuburan timbunan cengkerang yang telah ditemui di pesisiran pantai tempatan pada ketika ini.
  2. Peninggalan rangka tersebut telah ditanam bersama objek yang diperbuat daripada tembikar dan mempunyai kepentingan budaya masa lalu.
  3. Amalan pengkebumian si mati bersama barangan peribadi mengenengahkan bukti terdapatnya upacara pengkebumian khusus.
  4. Penemuan ini adalah lebih menyeluruh berbanding dengan penggalian yang pernah dilakukan oleh pihak British pada sekitar tahun 1800, dan telah diteruskan oleh pihak USM bermula dari 2010.
  5. Penemuan ini menyokong dan melengkapkan kajian USM sehingga tahap tertentu tentang peninggalan komuniti prasejarah.

Terjemahan: Nadya Nadira Ahmad dan Evelyn Esu Dass (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 3494

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024