USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAMERAN HARI BIOLOGI BERI PENDEDAHAN TENTANG ALAM SEKITAR KEPADA WARGA USM

18033960 1511763738843170 5226322929516239417 n

USM, PULAU PINANG, 22 April 2017 – Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran untuk pelajar dan warga Universiti Sains Malaysia (USM) tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di samping mendedahkan mengenai penghasilan produk-produk semulajadi, satu pameran telah diadakan bersempena program 'Biology Exhibition Day' di Dataran Merah, Dewan Tunku Syed Putra, USM baru-baru ini.

Menurut pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat tahun 1, Husna Liyana, gerai pameran yang diadakan oleh Pusat Pengajian Sains Kajihayat dapat memberi pendedahan kepada warga USM tentang zoologi (ilmu tentang haiwan) dan botani (ilmu tentang tumbuh-tumbuhan) yang merupakan unsur-unsur penting dalam alam sekitar.

"Dalam memelihara alam sekitar, persatuan kami telah melaksanakan aktiviti melepaskan penyu dan menanam pokok bakau supaya kelangsungan ini akan terus dikekalkan hingga ke generasi akan datang," kata Liyana.

Tambah Liyana, adalah penting untuk memastikan kelangsungan hidup haiwan dan tumbuhan ini supaya tidak pupus terutama dalam persekitaran yang penuh dengan pencemaran kini.

Sementara itu, Gerai MyAgrosis USM pula menampilkan produk baru berasaskan alam semulajadi iaitu cendawan goreng dan jus cendawan yang bagus dan baik untuk dipasarkan kepada orang ramai.

Yang Dipertua MyAgrosis USM, Mohd Amiruddin Baharom berkata, gerai pameran MyAgrosis ini dapat memberi pendedahan kepada warga USM tentang nilai tambah pasaran produk berasaskan alam semulajadi dan khasiat cendawan yang ditanam sendiri oleh ahli-ahli dalam MyAgrosis ini.

"Ianya adalah inisiatif yang dijalankan oleh MyAgrosis USM untuk meningkatkan pasaran produk semulajadi di samping melahirkan pelajar yang berminat dalam bidang keusahawanan pertanian sejajar dengan slogan 'pertanian adalah perniagaan’," kata Amiruddin.

Gerai pameran Wild Life Conservation Society (WCS) pula menampilkan hasil-hasil pemerhatian tentang hidupan liar yang terdapat di Malaysia.

Pengkaji WCS, Irham Abdul Razak berkata, kerasukan manusia megejar arus pembangunan dengan menjalankan pembalakan haram, pertanian dan industri sekaligus merosakkan habitat semulajadi haiwan di masa kini.

"Dengan adanya gerai pameran ini, ia dapat memberi pendidikan kepada pelajar tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna supaya suatu hari nanti generasi muda ini dapat memperkasakan lagi dasar-dasar pemuliharaan alam sekitar pada masa akan datang," kata Irham.

Pelbagai gerai pameran telah ditampilkan oleh pelajar, pensyarah, organisasi kerajaan dan badan bukan kerajaan sepanjang hari pameran berlangsung.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar Internship PP Komunikasi)

  • Created on .
  • Hits: 1660

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024