GENERASI MUDA PERLU BERSEDIA HADAPI CABARAN MASA DEPAN - ZAINAL ABIDIN OSMAN
USM, PULAU PINANG, April 2017 - Festival Mahasiswa Anak Pulau Pinang Universiti Awam dianggap sebagai sebuah program yang boleh memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa dalam pembentukan masa depan negara.
Demikian jelas Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman sempena majlis penutupan festival ini di sini, baru-baru ini.
Katanya, mahasiswa pada hari ini perlulah bersedia dalam menghadapi cabaran dalam pelbagai lapangan pada masa hadapan.
"Program yang dianjurkan seperti ini mampu memberi manfaat kepada para pelajar untuk mencari pengalaman demi menerajui negara pada masa hadapan," tambahnya lagi.
Terdahulu, majlis ini turut diisi dengan slot mini TN50 yang membincangkan dokumen dasar Transformasi Nasional 2050 terutama kepada generasi muda berkenaan hala tuju dan aspirasi mereka.
Festival yang berlangsung selama tiga hari ini melibatkan hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada Mahasiswa Negeri Pulau Pinang dari Universiti Awam dan Swasta di Malaysia.
Teks: Syuhada Abd Aziz
- Created on .
- Hits: 1339