USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SISPA USM DIPERLUAS KE INDUK

IMG 20150407 WA0028

PULAU PINANG, 9 April 2015 – Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) akan diperluaskan ke kampus induk setelah ia berjaya dilaksanakan di kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan bermula tahun 2012.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, proses tersebut akan bermula dengan pelantikan beberapa pegawai sukarela dalam masa terdekat.

``Kita akan mula mengambil sukarelawan Kor SISPA pada sidang akademik 2015/2016 September tahun ini. Ia diharap akan menjadi sebahagian dari program kesukarelawan yang tulen dan menjadi tonggak program kesukarelawan Universiti.

IMG 20150407 WA0034

``Matlamat itu juga sejajar dengan hasrat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menjadikan bilangan sukarelawan di seluruh negara mencecah sejuta orang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat di Putrajaya baru-baru ini.

Omar dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) dalam Angkatan Pertahanan Awam bersempena dengan Sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan  Kali ke-63.

Beliau juga berkata, USM juga akan berusaha untuk menjadikan Kor SISPA sebagai satu aktiviti atau unit yang melihat kesejahteraan dan pertahanan awam sebagai aktiviti sukarelawan.

IMG 20150407 vnmWA0033

``Kita juga akan melihat bagaimana program ini boleh digerakkan dengan lebih sistematik untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan aktiviti di luar dari program ko-kurikulum,’’ ujarnya.

Beliau juga berkata, USM turut diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Program Pentauliahan Kor SISPA, Ogos depan di Pulau Pinang. Teks: Marziana Mohamed Alias 

  • Created on .
  • Hits: 1661

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024