USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

415 PENERIMA APC DIRAI

usmcemer3

PULAU PINANG, 10 Jun 2013 – Seramai 415 orang staf cemerlang dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan termasuk Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di sini hari ini. Ini tidak termasuk 370 orang staf cemerlang di Kampus Kesihatan yang akan diraikan di majlis yang berasingan di Kelantan pada 17 Jun 2013. 

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman berkata, melalui Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia didapati ramai calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang iaitu seramai 73% staf memperolehi markah purata melebihi 85%. 

“Pengiktirafan ini diberikan kepada pelbagai lapisan staf yang cemerlang iaitu 50.32% terdiri daripada kumpulan perkhidmatan Sokongan I, 20.51% Sokongan II , seramai 119 (15.16%)  daripada kumpulan Akademik dan 88 (11.21%) orang penerima daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain itu, seramai 21 (2.68%) penerima daripada kumpulan Tertinggi Khas dan seorang (0.13%) penerima daripada Kumpulan Tertinggi Utama iaitu Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Muhamad Jantan,” kata Omar. 

“Saya berharap dengan pengiktirafan ini, semua staf akan lebih meningkatkan lagi motivasi dan menjadi pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan USM.

“Saya berharap juga semua staf untuk mencapai kecemerlangan dan iltizam menjadi cemerlang walaupun tidak terpilih menerima anugerah ini setiap tahun serta menjadi pendorong kepada staf yang lain. Pada masa yang sama tiada di kalangan staf yang menjadi beban kepada ketua jabatan,” jelas Omar lagi. 

DSC 0492

Majlis seumpama ini diadakan setiap tahun untuk meraikan dan mengiktiraf serta menyampaikan sijil kepada warga USM yang terpilih dan telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun. 

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima-penerima APC 2012,” ucap Omar mengakhiri ucapan beliau. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa. 

  • Created on .
  • Hits: 1956

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024