USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SJAM TERAP KEMAHIRAN INSANIAH DAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN PELAJAR USM

 WhatsApp Image 2017 03 28 at 11.45.04 AM

USM, PULAU PINANG, 21 Mac 2017 - St. John Ambulans Malaysia (SJAM) meneruskan perkhidmatan kepada masyarakat seperti yang termaktub dalam takwim persatuannya saban tahun.

Pelajar yang telah mendaftar sebagai ahli WJA 102 dan WJA 202 terlibat secara aktif dan holistik dari segi perancangan, pengurusan dan pentadbiran serta penyertaan dalam projek-projek di bawah Minggu SJAM.

WhatsApp Image 2017 03 28 at 11.45.25 AM

Projek Minggu SJAM ini berlangsung dari 11 Mac sehingga 26 Mac 2017 di beberapa tempat seperti Bengkel Pertolongan Cemas di SK Minden Height, Projek Membersihkan Tasik Fajar Harapan, Projek Sebarkan Kasih Sayang serta program gotong-royong dan saringan kesihatan di Taman Tun Sardon.

13920610 10202338906429775 3456024606896461501 n

Menurut Pengarah Projek Minggu SJAM pada tahun ini, Chua Wei Chuan,  Pendidikan 2, penganjuran projek minggu SJAM adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar USM untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan dan berbakti kepada masyarakat dalam dan luar kampus universiti selain memperkasakan kemahiran insaniah diri sendiri.

“Objektif utama minggu SJAM ini adalah melibatkan konsep libatsama universiti-komuniti melalui aktiviti yang dianjurkan sempena projek ini berlangsung. Bukan itu sahaja, kami turut ingin menyemai semangat kesukarelawanan pelajar melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang dianjurkan,” jelasnya. 

Tambah Chua, program ini juga memupuk kemahiran insaniah pelajar seperti kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, kepimpinan dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

WhatsApp Image 2017 03 28 at 11.45.26 AM

WhatsApp Image 2017 03 28 at 11.45.05 AM

“SJAM mengharapkan agar projek kali ini memberikan impak positif kepada kedua-dua belah pihak iaitu peserta dan pengelola. Dengan ini diharapkan agar objektif untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dan menerapkan kemahiran insaniah melalui penglibatan diri dalam aktiviti yang dijalankan dapat dicapai,” tegas Chua lagi.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1655

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024