USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM UNIVERSITI PERTAMA NEGARA TAWAR PAKEJ ARKEOPELANCONGAN

EAM 7942

USM, PULAU PINANG, 23 Mac 2017 – Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan Pakej Arkeopelancongan USM bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-30 PPAG.

Menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, dua buah tapak arkeologi terkenal iaitu Lenggong di Perak dan Sungai Batu di Kedah dipilih untuk dimasukkan di dalam Pakej Arkeopelancongan USM.

arkeologi 90

Katanya, elemen yang ditawarkan dalam pakej ini ialah aktiviti lawatan berpandu (guided tour), ekskavasi hands-on, eksperimen membuat alatan batu, pembuatan tembikar dan bata, melebur besi, penghasilan replika artifak dan ekofak yang dibangunkan dalam konsep Living Culture Gallery.

Jelas beliau lagi, dua buah galeri turut dilancarkan pada hari ini iaitu Galeri Mini Orang Asli yang dilengkapi data kajian terkini oleh PPAG dan Galeri Arkeobiologi yang mempamerkan rangka manusia hasil penyelidikan USM selama 30 tahun yang terletak berhampiran dengan Galeri Arkeologi terkini USM.

EAM 8012

Sementara itu, Pengarah PPAG USM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Mokhtar Saidin pula menyatakan bahawa bermula 1 Mei 2017, pakej sebenar arkeopelancongan ini akan dikuatkuasakan dan bayaran masuk akan dikenakan kepada para pengunjung.

EAM 8035

"Kami juga menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada graduan yang masih menganggur untuk menjadi pemandu pelancong profesional yang pakar dalam bidang sejarah," jelas Mokhtar.

Sambutan ulang tahun ke-30 ini bertujuan untuk menghargai jasa mereka yang telah menyumbang selama 30 tahun dalam membangunkan data prasejarah negara untuk Malaysia, selain mengingatkan kepada ahli PPAG untuk melengkapkan data arkeo negara dan meningkatkan nama USM dan negara ke peringkat antarabangsa dalam bidang arkeologi.

EAM 8085

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan.

Teks : Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi)

  • Created on .
  • Hits: 1695

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024