FESTIVAL OF COLOUR (HOLI 2017) BENTUK JALINAN INTEGRASI PELAJAR BERLAINAN KAUM DI USM
USM, PULAU PINANG, 17 Mac 2017 - Festival of Colour (Holi 2017) yang diadakan di Padang Minden B, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini membuka peluang kepada pelajar berlainan kaum di USM untuk mengenali perayaan kedua terbesar yang disambut masyarakat India iaitu perayaan holi.
Perayaan holi adalah sebuah perayaan yang menggunakan tepung berwarna-warni yang membawa maksud kebaikan mengatasi keburukan.
Menurut Pengarah Projek, Devavighnen Vasudevan, festival yang penuh kemeriahan warna-warni ini dapat mengeratkan hubungan silraturrahim dan membentuk satu jalinan integrasi antara pelajar-pelajar yang berlainan kaum di USM.
Festival ini dapat menggambarkan bahawa pelajar USM sentiasa berdaya saing dan bersatu padu dalam menjalankan aktiviti yang memupuk hubungan silraturrahim selaras dengan salah satu prinsip APEX iaitu kesejagatan.
“Saya berharap festival ini dapat memberi hasil dan impak positif kepada pelajar-pelajar berlainan kaum di USM.
“Diharapkan festival sebegini dapat terus dikekalkan penganjurannya dalam kalangan pelajar-pelajar di USM pada tahun-tahun mendatang,” kata Devavighnen.
Festival ini disertai oleh 300 peserta termasuk pelajar antarabangsa.
Teks: Rodiah M. Daud (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)
- Created on .
- Hits: 1468