USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEBUAH PENGKISAHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KAUM CINA

IMG 8759

USM, PULAU PINANG, 18 Mac 2017 - Sebuah pengkisahan seni mempertahankan diri masyarakat Cina  dipersembahkan di Malam Kung Fu kali ke-40 oleh ahli Kelab Kung Fu (KKF) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Program telah dirasmikan oleh Penasihat KKF USM yang juga saintis dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr. Yuen Kah Hay.

melayu 12

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan Malam Kung Fu ke-40 termasuk USM, badan kerajaan dan korporat serta seluruh komuniti," kata Yuen.

"Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak ini adalah bagi memastikan kesinambungan seni budaya mempertahankan diri tradisional ini," tambahnya.

IMG 8626

IMG 8656

Bagi Pengarah Projek, Quick Yee Chyin, kerjasama antara lebih 400 orang peserta ahli kelab dan juga ahli jawatankuasa Malam Kung Fu ini adalah sangat luar biasa bagi memastikan seluruh program berjalan lancar.

"Setinggi penghargaan juga kepada semua jurulatih dan mahaguru yang memberikan tunjuk ajar secara sukarela dan sangat komited," tambah Quick.

Antara persembahan yang mendapat tepukan gemuruh penonton adalah persembahan Shaolin bertajuk Fearless Soul yang menampilkan satu-satunya wanita bertudung iaitu saudari Nurafiqah Hamzah, 23.

IMG 8782

Malam Kung Fu kali ini bertemakan Timeline yang telah membawakan penonton kisah dan sejarah lima jenis seni mempertahankan diri sejak empat dekad lalu termasuk Shaolin, Wushu, Tiajin, Drum dan Dragon & Lion.

Lebih 1,200 orang penonton membanjiri Dewan Tuanku Syed Putra bagi menyaksikan keunikan persembahan yang disajikan.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1927

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024