DUA PENYELIDIK USM UNGGULI ANUGERAH PhAMA 2016
PULAU PINANG, 13 Mac 2017 – Dua penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mengungguli Anugerah PhAMA 2016 apabila memenangi hadiah utama dan tempat kedua bagi kategori Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan Menteri Kesihatan Malaysia yang diumumkan di Putrajaya, hari ini.
Profesor Dr. Lee Yeong Yeh dari Pusat Pengajian Sains Perubatan meraih anugerah utama melalui penyelidikannya, ‘Gut Dysbiosis and Probiotics in Persistent Abdominal Discomfort Following a Major Disaster’.
Profesor Dr. Yuen Kah Hay dari Pusat Pengajian Sains Farmasi pula meraih tempat kedua melalui hasil kajiannya yang bertajuk VENUS (Vitamin E Neuroprotective Study) dalam pertandingan berprestij anjuran PhAMA, persatuan yang mewakili industri inovatif farmaseutikal di Malaysia.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di Pullman Putrajaya Lakeside.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1278