PELAJAR ANTARABANGSA USM PIKAT JURI NYANYIKAN IRAMA MALAYSIA
PULAU PINANG, 11 Mac 2017 - Pelajar antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Sha Hai Qiang dari China berjaya mencuri tumpuan juri dan meraih tempat kedua dalam Konsert Nyanyian Irama Malaysia Antarabangsa yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.
Sha Hai Qiang, pelajar Intensive English Programme, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan tampil yakin dengan membawakan lagu Melayu asli "Patah Hati".
Beliau dilatih oleh beberapa warga kreatif USM termasuk Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa, Ramnah Ramli, Siti Andy Nurhidayah Rahim, Norazizah Rusli, Zolkafli Ishak dan Danial Muzaffar Suhairi.
Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC), Dr. Muhizam Mustafa ketika dihubungi berkata, pihaknya amat menggalakkan penglibatan pelajar antarabangsa untuk menyertai aktiviti kebudayaan di peringkat universiti dan kebangsaan.
Tambah beliau, IMCC bertindak sebagai platform untuk pelajar antarabangsa berkecimpung dengan aktiviti seumpama itu bagi menambah pengalaman dan memberi lebih makna kepada pelajar antarabangsa meraikan diversiti di negara ini.
Dalam pada itu, Sha Hai Qiang akan menyertai satu lagi pertandingan nyanyian Bahasa Melayu di International Cultural Fiesta 2017 di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM pada malam 22 April depan.
Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1159