APLIKASI ILMU GRAFIK UNTUK PROMOSI PROGRAM
USM, PULAU PINANG, 10 Mac 2017- Mengaplikasikan ilmu grafik dalam mempromosikan program serta aktiviti yang diadakan di dalam kampus melalui rekaan poster dan banner yang lebih menarik amatlah dititikberatkan.
Menurut Penasihat Kelab Kerja Sosial, Dr. Paramjit Singh Jamir Singh semasa perasmian Bengkel Asas Adobe Photoshop baru-baru ini, bengkel sebegini dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara holistik ke arah pembangunan negara pada masa hadapan.
Tambahnya, ia selaras dengan hasrat dalam menyahut cabaran sebagai pelajar yang H.E.B.A.T (H-Holistik, E-Entrepreneur, B-Balance, A-Articulate, T-Thinking).
Sementara itu, pengarah projek, Nur Hazimah Shafie pula berkata, bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penggunaan asas aplikasi Adobe Photoshop di samping meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan poster.
Bengkel anjuran Kelab Kerja Sosial USM dengan kerjasama Kelab Sains Politik USM yang disertai hampir 60 orang peserta di Dewan Kuliah V ini dikendalikan oleh Jurugrafik HaAz Moment Pixturer, Mohd Azamuddin Azizan yang memberi tunjuk ajar berkaitan teknik-teknik asas Adobe Photoshop seperti Basic Tools, Custom Flyers, Banners dan Photo Manipulation.
Suntingan: Hafiz Meah Ghouse Meah & Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (Pelajar internship PP Komunikasi USM)
- Created on .
- Hits: 1689