NC USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UNIVERSITAS SYIAH KUALA, INDONESIA
USM, PULAU PINANG, 7 Mac 2017 – Naib Canselor Universti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail baru-baru ini menerima kunjungan hormat delegasi daripada Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH), Indonesia yang diketuai oleh Rektornya, Profesor Dr. Samsul Rizal.
Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata, USM sedia menjalinkan kerjasama dengan universiti luar dalam usaha pengantarabangsaan bagi memastikan USM kekal relevan dan mampu bersaing di peringkat global.
Jelasnya lagi, hubungan kedua-dua buah universiti ini mampu dieratkan melalui kerjasama pelbagai bidang termasuklah penyelidikan, akademik dan juga pertukaran pelajar.
Terdahulu, delegasi UNSYIAH mengadakan perbincangan dengan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM yang dipengerusikan oleh pengarahnya, Profesor Dato' Dr. Mohd Mokhtar Saidin.
Yang hadir sama dalam perjumpaan ini Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) USM, Dr. Muhizam Mustafa dan Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil. P. Shawkataly.
Teks: Syuhada Abd. Aziz
- Created on .
- Hits: 888