AEON CREDIT SUMBANG BIASISWA KEPADA PELAJAR USM
PULAU PINANG, 24 Februari 2017 – Aeon Credit Service (M) Sdn Bhd (Aeon Credit) hari ini menyumbangkan biasiswa pendidikan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) berjumlah RM 220,800 kepada enam orang pelajar yang akan ditentukan kelak bagi tempoh 4 tahun pengajian iaitu 8 semester.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Aeon Credit, Dato’ Abdullah Mohd Yusof dalam satu Majlis Penandatanganan Program Biasiswa Pendidikan di Kuala Lumpur.
Menurut Abdullah, Aeon Credit sangat komited dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan juga membantu dalam pembangunan bakat melalui bantuan kewangan supaya pelajar dapat menyambung pengajian tinggi di universiti tempatan.
“Aeon Credit sangat berbesar hati dapat memainkan peranan kecil dalam pelaburan pendidikan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan ekonomi dan juga bina bangsa negara.”
Hadir menerima biasiswa tersebut adalah Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein.
Selain USM, turut menerima sumbangan ini adalah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Para pelajar yang sedang atau akan menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang dan Sains Komputer boleh memohon untuk biasiswa berkenaan apabila permohonan dibuka nanti.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1244