NC USM KUNJUNG HORMAT TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
PULAU PINANG, 3 Februari 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang T.Y.T. Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas di Seri Mutiara.
Yang turut hadir ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, YABhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff.
Kunjungan Naib Canselor USM itu turut disertai oleh suami beliau Dato’ Dr. Ahmad Zakaria; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato' Dr. Muhamad Jantan; Pendaftar, Prof. Dato' Dr. Abdul Aziz Tajuddin; Bendahari, Dr. Rohayati Md. Isa; Penasihat Undang-undang, Dr. Khairul Anuar Che' Azmi dan Pengarah Ombudsman Prof. Dato' Seri Dr. Md. Salleh Yaapar.
Dalam kunjungan tersebut, Naib Canselor menjelaskan tentang perkembangan semasa USM dan bertukar-tukar pandangan tentang pendidikan tinggi negara khususnya yang berkait dengan peranan USM.
"Saya berharap Naib Canselor dan pengurusan tertinggi USM akan bekerja keras untuk membawanya mencapai kejayaan yang lebih besar lagi pada masa hadapan," kata T.Y.T Tun.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1240