USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PASUKAN BOLA SEPAK WANITA USM WAKILI KELANTAN KE KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK RAKYAT

untitledjbhj

KUBANG KERIAN, 1 Februari 2017 - Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK),  buat julung kalinya menghantar pasukan bola sepak wanita mewakili Kelantan ke Kejohanan Liga Bola sepak Rakyat (LBR) yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis pada 2 hingga 6 Februari 2017.

Pengurus Pasukan LBR Wanita Kelantan, Profesor Madya Dr. Md Salzihan Md Salleh berkata, penyertaan pasukan bola sepak wanita USM adalah atas pemilihan yang dibuat oleh Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA).

"Bagi pihak USM, saya sangat berbangga dan berbesar hati kerana KAFA memilih pasukan bola sepak wanita USM mewakili Kelantan ke LBR yang mana tahun ini merupakan tahun pertama LBR menganjurkan liga untuk pasukan wanita bagi mencungkil serta mencari bakat-bakat baru untuk mewakili Malaysia ke kejohanan yang lebih tinggi.

bola34

Pasukan ini bukan sahaja disertai oleh staf dan pelajar USM Kampus Kesihatan malahan turut dibarisi pemain-pemain daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di bawah bimbingan jurulatih daripada USM sendiri," ujar beliau.

Pasukan yang bernaung di bawah Kelab Pengurusan Sukan Dan Kebajikan Staf Kampus Kesihatan USM (KESUKAS) diraikan dalam Majlis Penyerahan Jersi oleh penaja utama Gomogi Premium yang diadakan di sini.

untitledGUH

Yang turut hadir semasa sesi penyerahan tersebut ialah Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim; Yang DiPertua KESUKAS, YM Tengku Azman Tg Mohd Ariffin; Pegawai Pemasaran Gomogi Premium, Khiru Salleh Abdullah; pegawai-pegawai lantikan LBR serta para pemain.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid / Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 1561

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024