USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM-NCIA TERUS PERKASA AGENDA PEMINDAHAN ILMU NASIONAL

16196079 1921895021365805 347389736131765474 n

USM, PULAU PINANG, 26 Januari 2017 - 'Pembangunan Berteraskan Kesaksamaan Sosial' diangkat sebagai tema pertemuan dialog bersemuka antara Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak dengan peserta projek NCIA-USM di bawah program Community Innovation Centre (CIC-KTP) iaitu Projek Pengupayaan OKU dalam perusahaan Jeli Kelapa, CIC Lekir dan Projek Penternakan kelulut melalui inovasi Mustafa Hive di CIC Sik Kedah, CIC Jerlun Kedah dan CIC Kubu Gajah, Perak.

Program CIC yang bermula pada tahun 2015 merupakan roll-out Program Pemindahan Ilmu Nasional yang diletakkan di bawah Pusat Pemindahan Ilmu (KTP), TORAY-USM Knowledge Transfer Centre yang diketuai oleh Pengarah KTP Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Penyelaras program CIC Syed Yusof Syed Kechik.

Menurut Haslan, dalam sesi bersama Perdana Menteri ini, peserta telah berkongsi bagaimana penyertaan projek ini telah meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti pemindahan ilmu dan inovasi menerusi ahli akademik USM dalam pembangunan komuniti yang disokong pembiayaan projeknya oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

16195454 1921894518032522 5837279800207890621 n

"Hasil daripada projek ini juga turut membawa kepada limpahan ekonomi kepada komuniti sekeliling iaitu penglibatan 15 orang peserta OKU bagi Projek Pengupayaan OKU dalam perusahaan Jeli Kelapa dan penglibatan 45 orang peserta bagi Projek Penternakan kelulut.

"Penambahan peserta projek akan terus dilakukan melalui strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) iaitu memanfaatkan Konsep Shared Value (SVC) antara agensi yang terlibat iaitu Jabatan Tenaga Kerja Perak, Jabatan Pertanian, FAMA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Honey Gold Lab," jelasnya.

Tambahnya, antara ilmu yang telah dipindahkan oleh ahli akademik terlibat ialah bagaimana inovasi Mustafa Hive dapat menyumbang kepada kelestarian industri penternakan lebah kelulut di Malaysia, proses memanjangkan jangka hayat produk, pembungkusan produk dari kaedah konvensional kepada yang lebih baik, keusahawanan dan pemasaran dalam industri.

16266084 1921894401365867 1679761258120193141 n

"KTP yang juga merupakan sekretariat Program Pemindahan Ilmu Nasional akan terus berusaha menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara melalui program sedia ada dan baru antaranya kini sedang membangunkan sistem direktori kepakaran yang mengumpulkan maklumat kepakaran ahli akademik Universiti Awam (UA) dalam aktiviti pemindahan ilmu agar ianya dapat dimanfaatkan," ujarnya.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah 

  • Created on .
  • Hits: 1168

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024