USM TERIMA LAWATAN RASMI DELEGASI UMP
USM, PULAU PINANG, 23 Januari 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan rasmi oleh delegasi dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Naib Canselornya, Profesor Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir Daing Ibrahim.
Lawatan ini lebih memberi fokus kepada usaha kerjasama dan kolaborasi antara kedua-dua universiti dalam bidang penyelidikan dan juga berkaitan pada masa hadapan.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut hadir dalam mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.
Terdahulu delegasi UMP telah mengadakan perbincangan bersama bahagian pentadbiran USM yang dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Institusi (BPI) USM Profesor Dr. Phua Kia Kien.
Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMP Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) USM Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) USM Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni) USM Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengarah Kolaborasi Antarabangsa Profesor Dr. Lee Keat Teong, Pendaftar USM Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin dan Pendaftar UMP Abdul Hamid Majid.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa
- Created on .
- Hits: 1174