USM LANJUT TEMPOH PERMOHONAN KEMASUKAN
Universiti Sains Malaysia (USM) telah melanjutkan tempoh permohonan kemasukan ke program Ijazah Pertama (Penuh Masa) bagi Sidang Akademik 2015/2016 bagi pengambilan September 2015.
Sehubungan itu USM mempelawa permohonan calon-calon berkelayakan yang masih belum mengemukakan permohonan kemasukan melalui pelbagai bidang yang ditawarkan di Kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan. Bidang-bidang yang ditawarkan termasuk Sains Tulen, Sains Gunaan, Sastera, Seni Halus, Kejuruteraan, Sains Kesihatan, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Kemasyarakatan, Teknologi Industri, Perakaunan, Pengurusan, Ekonomi serta Perumahan, Bangunan & Perancangan.
Permohonan dalam talian (online application) telah dilanjutkan dari 6 April 2015 kepada 12 April 2015 bagi Saluran Perdana dan Saluran Alternatif melalui url https://pohon.usm.my
Permohonan bagi Saluran Perdana dibuka kepada calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf. Manakala permohonan bagi Saluran Alternatif dibuka kepada calon berkelayakan melalui ambilan Kemasukan Khas, Saluran Kedua, Senibina (Part 2), Warga Emas, Warga Budaya dan Warga Sukan.
Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2 Bangunan Canselori, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Hotline: 1 300 888 876 Talian Am: 04-6533196 Faks: 04-6533328
Emel:
Laman web: www.usm.my I https://pohon.usm.my
- Created on .
- Hits: 1388