USM TERIMA LAWATAN DELEGASI ARAB SAUDI
USM, PULAU PINANG, 21 Januari 2017 - Pemegang Kunci Kaabah hari ini mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Universiti Sains Malaysia (USM) yang disambut oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.
Delegasi dari Arab Saudi terdiri daripada Sheikh Saleh Zienalabdeen A Alshaibi, Abdulrahman Saleh Z Alshaybi, Shaikh Shahzad Iftikhar dan Abdulhalim Shaikh.
Pertemuan selama sejam ini membincangkan tentang hubungan USM dengan Arab Saudi termasuk Penyelidikan Haji, kerjasama Pusat Islam dengan pihak Arab Saudi terutamanya semasa bulan Ramadhan serta penawaran program pengajian ijazah tinggi ISDEV dan Pengajian Islam di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein, Pendaftar Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin, Ombudsman USM Profesor Dato' Seri Md Salleh Yaapar, Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer yang juga Ketua Penyelidik Haji USM Prof. Dr. Ahamad Tajudin Khader, Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Prof. Dr. Narimah Samat, Pengarah Pusat Islam USM Profesor Madya Dr. Sofri Yahya, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Ustaz Md Yusof Abdul Rahim dan Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Prof. Madya Dr. Zakaria Bahari.
Teks: Syuhada Abd. Aziz / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1088