USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KEARIFAN TEMPATAN 2017: MEMANFAATKAN KEARIFAN TEMPATAN DALAM ALAF BAHARU

Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan (ICLK) akan diadakan pada 8 – 9 Mei 2017 di Johor Bahru, Malaysia bertemakan Memanfaatkan Kearifan Tempatan dalam Alaf Baharu.

Menurut Pengerusi Persidangan Antarabangsa Kearifan Tempatan 2017, Dr. Nurul Farhana Low Abdullah, fokus utama persidangan ini ialah epistemologi tempatan dan kesesuaian ilmu tersebut untuk transformasi sosial. 

Jelasnya lagi, objektif persidangan kali ini adalah untuk mengkaji ilmu tempatan dan menempatkannya ke dalam bentuk pengetahuan baru; menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan kearifan tempatan; menyediakan wahana bagi perkongsian ilmu dan wacana tentang kearifan tempatan; mendokumentasi isu baharu dan penyelidikan tentang kearifan tempatan; dan mensinergi ilmu kearifan tempatan dengan bentuk ilmu yang lain.

"Kearifan Tempatan merujuk kepada disiplin ilmu dan kepakaran yang berasal daripada budaya asli tempatan yang berkembang sejak zaman silam dan telah dipraktikkan sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat," tambahnya.
 
Tarikh akhir serahan abstrak ialah pada
21 Februari 2017 kepada alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., makluman penerimaan abstrak pada 28 Februari 2017 dan serahan prosiding pada 24 Mac 2017 manakala pendaftaran akhir dan pembayaran yuran pada 31 Mac 2017.

Subtema utama bagi persidangan ini adalah Antropologi, Bahasa dan Kesusasteraan, Kearifan Tempatan dan Teknologi, Kearifan Tempatan dan Sains, Kearifan Tempatan dan Pentadbiran, Kelestarian, Kearifan Tempatan Kontemporari, Pemindahan Ilmu, Pemuliharaan / Pemeliharaan, Pendidikan, Pengurusan Pengetahuan, Persembahan dan Kebudayaan, Perubatan Tradisional, Sejarah, Sistem Pengetahuan, Epistemologi dan Model dan sebarang tajuk dan tema yang berkaitan.
 
Abstrak mestilah tidak melebihi 250 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, menggunakan Times New Roman, saiz fon 12, jarak baris 1.5, birai kiri dan kanan 2.5 cm, jenis fail MS Office Word manakala Prosiding pula antara 15-20 halaman, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, menggunakan Times New Roman, saiz fon 12, langkau 2 baris, birai kiri dan kanan 2.5 cm, jenis fail MS Office Word. Sertakan juga biodata penulis antara 50-100 patah perkataan.

Untuk maklumat lanjut :
Sekretariat Persidangan
Sekretariat Kearifan Tempatan
Aras 3, Bangunan C26 Toray-USM
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Tel :
+604 – 6536777 / +604 - 6536779 
Fax :
+604 - 6536781
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1615

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024