USM TERIMA LAWATAN LPU DAN PENGURUSAN TERTINGGI UniMAP
USM, PULAU PINANG, 20 Januari 2017 - Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) serta pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan diberikan taklimat oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di Dewan Persidangan Universiti.
Delegasi UniMAP seramai lebih 70 orang diketuai oleh Pengerusi LPU, Profesor Emeritus Dato' Ir. Dr. Zainal Mohamed dan juga Naib Canselor Dato' Profesor Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.
Penasihat Undang-undang USM Dr. Khairul Anuar Che Azmi turut menyampaikan taklimat tentang pelaksanaan autonomi di USM.
Yang turut hadir adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor serta ahli Jawatankuasa Pengurusan USM.
Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
- Created on .
- Hits: 1528