PERTANDINGAN BOLING TENPIN PIALA PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN 2017 BERLANGSUNG MERIAH
SEBERANG JAYA, 14 Januari 2017 - Pertandingan Boling Tenpin Piala Pengarah Kampus Kejuruteraan 2017 yang berlangsung hari ini meriah dengan penyertaan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di Megamall Pinang Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Pertandingan ini turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Penasihat Undang-Undang, Dr. Khairul Anuar Che Azmi; Bendahari, Dr. Rohayati Mohd Isa; Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan Dekan-Dekan Pusat Pengajian Kampus Kejuruteraan.
Johan Pertandingan Boling Tenpin Piala Pengarah Kampus Kejuruteraan 2017 telah dimenangi oleh kumpulan "Wifi B" dari Zon 3 (PPKEE, PPKT, Desasiswa Lembaran dan CEDEC) dengan jatuhan pin sebanyak 1,423.
Menurut Pengerusi KKSSK Professor Dr. Nor Azazi Zakaria pula berkata, program sebegini adalah platform baik untuk staf akademik bersantai bersama staf sokongan USM melalui pendekatan acara sukan.
"Yang penting aktiviti ini secara tidak langsung mempamerkan keakraban dan kebersamaan staf Kampus Kejuruteraan USM selain membawa ahli keluarga bersantai di hujung minggu," katanya.Pertandingan julung kali diadakan ini menyaksikan seramai 60 orang pemain yang mewakili 20 pasukan berentap untuk membawa pulang Piala Pusingan Pengarah Kampus Kejuruteraan 2017.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 1153