USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCAR SKIM KHAS UNTUK KEKAL BAKAT AHLI AKADEMIK

15823520 1276192805775083 1085821989886566081 n

USM, PULAU PINANG, 6 Januari 2017 - Pendaftar, Profesor Dato' Dr. Abd Aziz Tajuddin memperincikan usaha Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengekalkan bakat dalam ekosistem akademiknya yang bersara melalui skim khas demi memastikan kesohoran keilmuannya terpelihara.

Bercakap dalam Taklimat Kemajuan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (USM) yang dihadiri oleh lebih 100 orang dalam kalangan Dekan, Pengarah dan pegawai pentadbir universiti di sini, beliau berkata, Skim Fleksibel untuk Sarjana yang Bersara atau Flexible Scheme for Retired Scholars (FSRS) bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli akademik terutamanya yang berjawatan Profesor dilantik semula yang berasaskan kepada trek-trek berkaitan pengajaran, penyelidikan, amalan profesional dan kepimpinan.

gugul98

"Pengukur prestasi (KPI/KIP) ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dilantik untuk tempoh satu tahun," jelas beliau.

Pendaftar USM itu juga turut memaklumkan yang USM akan mengamalkan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang akan bermula pada tahun ini yang melibatkan staf tetap dengan penekanan kepada pencapaian markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPP).

"Semua kakitangan perlu mencapai markah yang melebihi 60% untuk mengelakkan daripada berhadapan tindakan dari dasar ini," kata beliau.

Selain itu, Sistem Pembangunan Profesional Berterusan (MyCPD) akan ditambahbaik serta Sistem Pengurusan Modal Insan atau Human Capital Management System (HCMS) pula akan mempunyai versi terkini iaitu versi ketiga yang merangkumi 4 trek kenaikan pangkat staf akademik seperti disarankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) [PPPM(PT)].  

15941103 1276192812441749 217887665217393705 n

USM kini mempunyai kakitangan seramai 10,000 orang meliputi semua kampusnya.

Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Teks: Mohamad Abdullah & Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1958

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024