USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKARELAWAN USM BANTU MANGSA BANJIR

untitledhgjhj

RANTAU PANJANG, 5 Januari 2017 – Seramai 73 orang sukarelawan yang terdiri daripada kalangan pelajar Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai ‘Misi Bantuan Mangsa Banjir’ bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang yang merupakan pusat pemindahan banjir bagi penduduk sekitar.

Penasihat pasukan kesukarelawanan Kampus Kesihatan USM, Mohd Nurzulhairie Othman berkata, misi ini adalah bertujuan memberi bantuan kemanusiaan khususnya dalam gerakerja pembersihan dan membantu petugas semasa berada di tempat pemindahan mangsa banjir.

untitledfgfg45

“Menerusi misi ini kita berharap ianya dapat membantu meringankan beban gerakerja yang ditanggung oleh petugas banjir yang terdiri daripada anggota keselamatan, badan bukan kerajaan dan mangsa banjir," ujar Zulhairie.

Menurut Zulhairie, pasukan sukarelawan Kampus Kesihatan USM dibahagikan kepada 2 syif iaitu bertugas bermula jam 7.30 pagi sehingga 2.30 petang melibatkan 30 orang pelajar dan syif kedua bermula jam 2.30 petang hingga 9.30 malam melibatkan 43 orang pelajar.

utyui673

uyiu78

"Para sukarelawan ini ditugaskan untuk membantu dalam aspek penyediaan makanan, menjaga kebersihan tempat pemindahan di samping memberi sokongan moral kepada mangsa banjir," kata Zulhairie.

"Yang lebih membanggakan ialah walaupun pelajar bakal menduduki peperiksaan, atas dasar keprihatinan, mereka sanggup turun padang membantu mangsa banjir," ujar Zulhairie.

Mangsa banjir dan para petugas yang berada di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang turut menerima kunjungan daripada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam memberi sokongan moral dan bantuan pihak kerajaan kepada mangsa banjir.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Hussin Mohd Dris

  • Created on .
  • Hits: 1203

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024