SEMINAR PERUBATAN ISLAM - SANTAU 2017 TIDAK DIADAKAN DI USM
SEMINAR PERUBATAN ISLAM - SANTAU 2017 TIDAK DIADAKAN DI USM
Universiti Sains Malaysia (USM) tidak akan menjadi tuan rumah Seminar Perubatan Islam - Santau yang sebelum ini dilaporkan akan diadakan di Kampus USM Pulau Pinang.
Cadangan penganjuran seminar ini dibuat beberapa bulan dahulu oleh sekumpulan kakitangan yang berminat dengan isu itu terutamanya yang berkaitan dengan Perubatan Islam.
Hal tersebut telah diteliti semula oleh Universiti dengan melihat bahawa ini bukanlah satu keutamaan dan bidang kekuatan yang menjadi fokus Universiti terutamanya Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM (IPPT).
Fokus Universiti ialah untuk membangunkan bidang-bidang kekuatan dalam bidang kepakaran dan kekuatan akademik dan penyelidikannya, termasuklah IPPT yang sedang diperkasakan untuk menjadi pusat penyelidikan terkemuka dalam bidang Onkologi.
Kerana itu tumpuan dalam apa jua perbincangan, wacana ilmiah dan persidangan keilmuan adalah tertumpu kepada bidang kekuatan yang ada mengikut kepakaran sebenar yang dimiliki oleh tenaga akademik USM.
- Created on .
- Hits: 1980