USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BUKA BILIK GERAKAN BANJIR BANTU WARGA

untitledtyty

KUBANG KERIAN, 4 Januari 2017 - Hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari yang lalu menyebabkan ramai warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang tinggal di kawasan rendah di daerah Pasir Mas, Rantau Panjang, Pasir Putih dan sebagainya terkesan akibat banjir.

Penyelaras Bilik Gerakan Banjir USM, Dr. Mohammad Rosdi Abdul Rahman berkata, bilik gerakan ini dibuka serentak dengan Bilik Gerakan Banjir Negeri Kelantan memandangkan musim tengkujuh telah mula melanda negeri ini.

“Bilik Gerakan ini sebenarnya telah beroperasi lebih awal lagi dalam memantau keadaan dari masa ke semasa dan pada hari ini melihat kepada keadaan banjir yang semakin kritikal, ianya dibuka secara rasmi setelah mendapat arahan daripada Pengarah Kampus Kesihatan.

Jelasnya lagi, bilik gerakan ini berfungsi untuk memantau dan merekod paras air sungai dan jalan utama yang terkesan banjir selain turut menyediakan pengangkutan bagi memastikan keperluan staf yang berkhidmat di hospital pada setiap masa sentiasa mencukupi.

untitledhjy

"Kami juga turut membuka pusat pemindahan banjir yang beroperasi di Dewan Aerobik dan Dewan Badminton Kompleks Sukan 1, Kampus Kesihatan bagi menyediakan penempatan sementara kepada pelajar, warga staf dan keluarga yang diarahkan berpindah akibat banjir,” katanya semasa ditemui di bilik gerakan pagi tadi.

Tambah Mohammad Rosdi, warga staf yang terlibat dengan banjir boleh menghubungi bilik gerakan di talian 097673050 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi mendapatkan info mengenai banjir, memaklumkan sebarang maklumat mengenai kehadiran untuk bertugas dan sebagainya.

Teks: Abdul Aziz Latif / Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 1425

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024