USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JAYAKAN NBOS LESTARI

untitledfbvf

KUBANG KERIAN, 3 Januari 2017 - Majlis Graduasi Program Latihan Pekerjaan Orang Kelainan Upaya (OKU) Intelek 'Vocational Training’ (VT) Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung baru-baru ini dengan tujuh orang peserta menerima sijil tamat latihan dan bakal memulakan pekerjaan masing-masing.

Hadir merasmikan majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Nik Ali berkata, KPT amat menghargai program-program perkongsian ilmu yang dilaksanakan oleh universiti yang berupaya memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat, pelajar dan komuniti akademik dalam dan luar kampus.

asri45

"USM telah berjaya membina program transformasi komuniti 'Outreach' universiti dan masyarakat yang menepati konsep Urban Transformation Centre (UCTC) dan National Blue Ocean Strategy (NBOS).

"Selaras dengan matlamat NBOS, program ini dilihat berjaya menghasilkan outcome yang berimpak tinggi dan cepat iaitu dalam tempoh enam bulan hingga setahun serta dapat menjana peluang pekerjaan kepada golongan OKU," kata beliau.

untitledfbdf

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed pula berkata USM sentiasa memberi perhatian dan berusaha membantu golongan 'Bottom Billion' seperti OKU yang mana projek-projek yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dilihat menepati objektif jaringan masyarakat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh dasar APEX USM.

"Ini telah meletakkan sasaran bagi memperkasakan bakat masa hadapan dalam mengupayakan golongan terkebawah untuk mentransformasi kemampuan sosioekonomi mereka dan sehingga sekarang seramai 21 orang OKU intelek telah berjaya dilatih serta mendapat pekerjaan tetap seterusnya turut menjadi penyumbang kepada produktiviti negara," ujarnya.

Dalam pada itu turut berlangsung penyerahan 'Mock Key' berupa sebuah kereta Exora kepada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kubang Kerian oleh Dato' Sri Hj Muhammad Hj Abdul Ghani dan perasmian Rumah Ngaji dalam komuniti PDK di sini.

prog8967

 prof809

Pelbagai aktiviti menarik lain turut berlangsung sepanjang majlis antaranya mengacau bubur asyura, pameran dan jualan produk PDK.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Hari Terbuka PDK Kubang Kerian, Profesor Madya Dr. Hj Mohamed Saat Hj Ismail; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Mohamed Hanafi Hj Maulud; dan Ketua Projek Transformasi OKU USM, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1995

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024