USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERUBAHAN MENUNTUT PENGORBANAN

15621599 1260515910676106 6552720188334522004 n

PULAU PINANG, 19 Disember 2016 - Perubahan menjadi pra-syarat kepada kemajuan, kemakmuran dan usaha membina masyarakat bertamadun yang lestari yang menuntut pengorbanan yang tinggi.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr. Sofri Yahya ketika upacara perasmian Sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

"Pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan hikmah dalam mengurus perubahan ini, apatah lagi dengan keadaan dunia yang berubah dan tuntutan terhadap pendidikan tinggi juga berubah. 

15622456 1260515904009440 1732863677923802655 n

"Untuk kekal releven kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan tidak boleh dielakkan yang jika kita ketepikannya kita akan diketepikan seperti kata Naib Canselor perubahan adalah istilah baharu dalam kamus orang yang berani," kata beliau.

Tambah beliau lagi, warga USM diseru untuk berubah dalam aspek jiwa dan minda warganya kerana kita sedang berhadapan dengan cabaran abad ke-21, yang menjanjikan lanskap persekitaran yang lebih sukar yang memerlukan kemahiran boleh berfikir dan menyelesaikan masalah.

"Perubahan ini juga menuntut agar kita melihat kembali kandungan serta pendekatan dalam penyampaian modul yang diguna dalam pembinaan pelajar yang perlu kepada sesuatu yang boleh menghasilkan pelajar masa hadapan yang seimbang antara ilmu dan akhlak, bercirikan nilai, berpengetahuan, rentas disiplin, pelbagai bahasa, keusahawanan dan penyedia perkerjaan.

15578582 1260521914008839 3459710932677076251 n

"Keperluan kualiti bakat atau sumber manusia untuk staf akademik dan pentadbiran juga berubah kepada yang lebih bersesuaian manakala komuniti akademik perlu mempunyai ketrampilan kerana mereka akan diminta untuk sentiasa bersikap terbuka dengan cara-cara baru bekerja dan bekerjasama dengan semua pihak yang berkepentingan," tegas beliau.

Jelas Sofri, semua pihak perlu melihat kepada keperluan ini dan adalah wajar orang Islam yang beriman kepada Allah swt dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam usaha mencari pertunjuk bagaimana manhaj atau metodologi dalam mengurus dan juga memimpin perubahan.

15665477 1260527504008280 5713572874609275798 n

Sambutan Maulidur Rasul tersebut dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal yang mewakili Naib Canselor.  Antara pengisian sambutan ialah ceramah oleh Ustaz Dr. Nidzam Abdul Kadir yang mengupas akan isu perubahan.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Dzulfikar Azmi Muhamad Aripin @ Isa

  • Created on .
  • Hits: 1181

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024