USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM BERBAKTI DAN RAI KOMUNITI WARGA EMAS

untitledhjuhu

PULAU PINANG, 19 Disember 2016 – Kelab Kerja Sosial USM telah menganjurkan program khidmat komuniti iaitu Program Mahasiswa Bersama Warga Emas “Titian Budi Semarak Kasih” dengan kerjasama JKKKP Kampung Pelet dan Pusat Sejahtera USM baru-baru ini.

Menurut Penasihat Kelab Sosial USM Dr. Paramjit Singh Jamir Singh, program ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk berbakti kepada masyarakat khususnya warga tua malah dapat melahirkan pelajar yang holistik dan berkebolehan dari segala aspek akademik mahupun praktikal.

"Antara pengisian program adalah ceramah “Pemakanan Sihat Warga Emas” oleh Dr .Sulosanah a/p Sannasamy, pegawai perubatan Pusat Sejahtera Usm dan pemeriksaan kesihatan warga emas oleh 9 orang paramedik.

untitledhjhj

"Selain itu, bagi mengeratkan lagi jalinan ukhwah antara pelajar dan warga emas ini pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya menganyam ketupat, membuat lekar, membuat sarung nangka, dan membuat penyapu lidi serta pemberian sumbangan barangan kering oleh kepada warga emas yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Kelab Kerja Sosial USM, Syahirah Bastari pula memberitahu program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berkhidmat kepada warga emas dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan warga tua dalam masyarakat.

Tambah beliau lagi, program ini juga melatih pelajar agar lebih peka dalam mengendalikan permasalahan sosial yang berkaitan dengan isu ini terutamanya mahasiswa jurusan kerja sosial di samping mengubah persepsi masyarakat terhadap peranan yang perlu dipraktikkan oleh pekerja sosial.

Bagi Pengarah Projek, Nurmasliyana Abdul Rahman pula, objektif program sehari ini adalah untuk menerapkan nilai keprihatinan, kerjasama dan rasa bertanggungjawab terhadap warga emas dalam diri setiap pelajar.

untitledmjmhjjk

"Program Mahasiswa Bersama Warga Emas adalah program berkonsepkan program khidmat komuniti yang memberi peluang kepada para peserta tentang kepentingan warga tua dalam masyarakat yang banyak berjasa kepada kita secara langsung mahupun tidak langsung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya," jelasnya.

Ujarnya, Program Titian Budi, Semarak Kasih bersama warga tua ini membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa pelajar sebagai seorang anak agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang dan keprihatinan daripada masyarakat sekeliling.

Selain itu, program ini dapat memberikan pelajar USM input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan mengambil cakna cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi.

Program ini melibatkan seramai 35 orang pelajar USM sebagai penggerak program, 22 orang warga emas serta 25 orang penduduk Kampung Pelet yang bertempat di perkarangan rumah Pengerusi JKKKP Kg Pelet, Abu Bakar Bin Harun dan ditaja oleh pemilik MR Sinar Cahaya, Masita Abdul Rahaman.

Program ini dirasmikan oleh Pegawai Khas Kanan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hj Mohd Zaidi Bin Hj Said.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Kelab Kerja Sosial USM

  • Created on .
  • Hits: 2901

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024