USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPIP ANJUR SEMINAR DEDAH PENGETAHUAN INTERVENSI KRISIS

IMG 0263

USM, PULAU PINANG, 17 Disember 2016 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) melalui pelajar Sarjana Kaunseling hari ini menganjurkan Seminar Intervensi Krisis "Crisis: Don’t Turn Your Back" buat kali keenam.

Menurut Dekan PPIP, Profesor Dr. Hairul Nizam Ismail, seminar ini mendedahkan umum mengenai teori dan konsep berkaitan krisis melalui forum dan ceramah yang diaturkan selama sehari ini.

IMG 0256gfhf

bomba23

Tambahnya yang merasmikan seminar seharian ini, mobiliti personel ketika berlaku krisis juga perlu dilihat dari sudut kecekapan pengendalian sesuatu krisis apabila ianya terjadi.

Sementara itu, Pengarah Projek, Siti Nur Nadirah Mohd Asri pula berkata, pengetahuan tambahan penting untuk mempersiapkan individu jika berlaku krisis dan yang lebih penting apabila ianya melibatkan orang terdekat.

bomba12

"Seminar ini memberi peluang kepada para peserta untuk menambahkan pengetahuan mengenai krisis dan ‘grief’ serta isu-isu yang berkaitan dengannya; memberi peluang kepada para peserta berinteraksi dengan agensi berkaitan yang terlibat dalam isu-isu krisis; dan menyediakan platform bagi agensi berkaitan untuk menyampaikan maklumat mengenai pengendalian krisis kepada orang awam," jelas lanjutnya.

Seminar dihadiri lebih 100 orang peserta.

bomba13

Yang turut hadir ialah Pensyarah Kaunseling Kanak-Kanak dan Remaja/Pendidikan Kaunselor merangkap Pengerusi Rancangan Sarjana Kaunseling PPIP Profesor Madya Dr. Nor Shafrin Binti Ahmad.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1123

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024