DUA BUKU TERBITAN PENERBIT USM TERIMA ANUGERAH BUKU NEGARA 2016
USM, PULAU PINANG, 15 Disember 2016 - Dua judul buku terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima Anugerah Buku Negara 2016 yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara kelmarin.
Buku yang terpilih adalah Arkeologi Bukit Tengkorak, Sabah yang ditulis oleh Profesor Dr. Stephen Chia Ming Soon bagi kategori Buku Arkeologi Terbaik dan Tradisi Intelektual Andalusia: Pengaruh Disiplin Al-Quran yang ditulis oleh Mohd Zamrus Mohd Ali bagi kategori Buku Tamadun Islam Terbaik.
Majlis Anugerah Buku Negara 2016 diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman.
Penilaian dibuat oleh Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara yang dipengerusikan oleh Mantan Ketua 1 GAPENA, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1860