PERLU BERANI MENTRANSFORMASIKAN PENDIDIKAN TINGGI
NILAI, NEGERI SEMBILAN, 13 Disember 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata dalam mentransformasikan pendidikan tinggi, kita perlu berani untuk berubah malah perkataan baharu bagi berubah adalah berani.
"Perubahan yang dimaksudkan adalah bagi kemajuan dan menepati kehendak pelajar pada masa kini yang bergerak selari dengan arus teknologi dan juga bagi keperluan dalam global ekonomi yang mencabar," tambah Asma.
"Pendidikan Tinggi pada masa kini dan hadapan menuntut untuk pendidikan secara fleksibel seperti multi entries, multi exits, multi discipline dan multi degrees dalam menjadikan pelajar kita yang "glocal" iaitu Think Globally, Act Locally.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat bertajuk 'Creativity and Innovativeness as a Quality in Leadership' di Convention for Young Administrators of ASEAN Higher Education Institutions (YAS 2016) di sini hari ini.
YAS 2016 menghimpunkan lebih 200 orang peserta dalam kalangan pentadbir dari Universiti Awam dan Swasta dari dalam dan luar negara termasuk dari Indonesia dan Brunei Darussalam.
Konvensyen dua hari ini adalah anjuran Jawatankuasa Latihan Universiti Awam Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).
Teks & Foto: Nor Rafizah Md. Zain
- Created on .
- Hits: 1079