USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DATO’ DR. JAFRI MALIN DIPILIH PENASIHAT INTERNATIONAL YOUTH NEUROSCIENCE ASSOCIATION

15380644 1254141021313595 6320794008089380176 n

Pengarah/Founding Director Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains, Universiti Sains Malaysia (P3Neuro) yang pertama di Asia Tenggara, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin bin Abdullah dipilih sebagai Penasihat International Youth Neuroscience Association yang beribu pejabat di University of Maryland Baltimore USA, satu-satunya penasihat dari luar Amerika Syarikat (http://youthneuro.org/).

Beliau merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang Neurosains Klinikal dan Eksperimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia (ASM).

“Saya berbangga kerana Neurosains USM mendapat pengiktirafan ini terutamanya dari golongan muda Neurosains global,” kata beliau.

Menurut Jafri Malin, pengalaman menubuhkan Kelab Neuroscience pertama di peringkat sekolah rendah iaitu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kelantan dan peringkat menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra lebih 5 tahun lepas serta mengadakan pelbagai aktiviti Neurosains lain tentunya diambil kira dalam pemilihan ini yang dapat dikongsi pada peringkat global.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1618

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024