USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ARCA ORANG UTAN USM JOHAN PERTANDINGAN ARCA 3R SWCORP MALAYSIA

15326521 1243923152335382 1753741788526320772 n

KUALA LUMPUR, 4 Disember 2016 - Arca Orang Utan ciptaan pelajar Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Arca 3R anjuran SWCorp Malaysia bersempena Sambutan Karnival Kesejahteraan Bandar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahli kumpulan terdiri daripada Nor Fatihah Yusof, Putri Intan Sari Binti Amrizal, Ain Munirah Binti Ahmad Kamil, Intan Eva Natasha Binti Hadzamee, Muhammad Riduan Bin Raja Yunus dan Noor Hafizah Binti Rosli dan diselia oleh pensyarah Seni Halus, Norshahidan Mohamad.

Hadir ke pertandingan ini di Kuala Lumpur adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein yang memaklumkan selaku johan, USM membawa pulang wang tunai RM3,000.

15232079 1243923235668707 3841309274447827206 n

Menurut Dekan Pusat Pengajian Seni, Profesor Madya Omar Bidin, haiwan orang utan dipilih kerana ia adalah haiwan yang terancam di dunia dan untuk mewujudkan kesedaran buat umum tentangnya.

Pun begitu katanya, selain itu, arca ini juga memperlihatkan bagaimana pelajar dapat mengumpul bahan terbuang iaitu tayar untuk digunakan bagi pembuatan arca ini (waste to wealth) melalui konsep 3R (Recycle, Reuse, Reduce).

15267856 1243923049002059 1359951673964181463 n

15317779 1243923102335387 2887292616057918228 n

Sementara itu, ahli kumpulan Nor Fatihah menyifatkan kemenangan ini merupakan satu kejayaan buat semua ahli kumpulan yang bertungkus lumus dalam penghasilan arca ini dalam menyedarkan masyarakat tentang isu kepupusan dan kitar semula yang acap kali dilupakan dan juga Pusat Pengajian Seni yang tidak putus memberi sokongan, dorongan dan semangat untuk penghasilan ini.

Fatihah dan ahli kumpulannya juga ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa bahan yang digunakan untuk pembuatan arca iaitu tayar ada kegunaan dan kelebihannya selain hanya dibakar atau dibuang di merata-rata tempat dan tidak terurus dengan baik.

15319088 1243923059002058 3729037064093289594 n

Pembuatan Arca berdimensi 6 kaki tinggi 6 kaki lebar ini mengambil masa selama 168 jam menggunakan lebih 3,000 skrew dan lebih 200 tayar kitar semula.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Prof. Dato' Dr. Adnan Hussein / Nor Fatihah Yusof

  • Created on .
  • Hits: 2144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024