USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANHRD LIHAT PELUANG KOLABORASI BERSAMA USM DALAM BIDANG PERUBATAN

15267555 1242239075837123 5310432420371902287 n

USM, PULAU PINANG, 2 Disember 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menerima lawatan rasmi delegasi daripada Republik Seychelles.Asma mengalu-alu kedatangan delegasi ini dan USM sentiasa membuka peluang kepada pihak luar untuk berkolaborasi dan bekerjasama dalam bidang yang berkaitan.

Delegasi seramai 4 orang dari Republik Seychelles diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Agency for National Human Resources Development (ANHRD), Terence Gavin Francoise bersama Pegawai Kesihatan Kanan Dr. Susan Andree Therese Fock Tave, Pegawai Kesihatan Kanan Daniel Jude Belmont dan Pegawai Biasiswa Frances Rita Barra.

Delegasi ini dibawa oleh Pengarah HUSM merangkap Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim yang terdahulu telah berada di Kampus Kesihatan USM sebelum lawatan ke Kampus Induk ini.

“Saya berharap pihak USM dan ANHRD akan menggunakan peluang ini untuk melihat potensi yang ada bagi kedua-dua pihak bagi menjalin kerjasama untuk program pertukaran pelajar dan akademik terutama bidang yang menjurus kepada perubatan," jelasnya.

Sementara itu, Terence pula menyifatkan pertemuan ini dapat membuka lembaran baru dalam kerjasama serta kolaborasi yang dapat dijalin bersama antara pihaknya dengan USM dalam bidang kesihatan dan perubatan serta melihat kualiti latihan dan infrastruktur yang dapat ditawarkan oleh USM.

Yang turut hadir ke perjumpaan ini adalah Dekan Institut Pengajian Siswazah USM, Profesor Dr. Rozman Din dan Penyelaras Pusat Pembangunan Perniagaan USM, Dr. Muhammad Izzuddin Syakir Ishak.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 922

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024