USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAMPUS KESIHATAN USM SAMBUT DELEGASI SEYCHELLES

untitleddfhdfh

KUBANG KERIAN, 2 Disember 2016 - Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi tumpuan pelawat antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Kepulauan Seychelles.

Delegasi seramai 4 orang yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Agency for National Human Resources Development (ANHRD), Republik Seychelles, Terence Gavin Francoise telah disambut oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim.

Dalam ucapan alu-aluannya, Sukari mengalu-alukan kedatangan pelawat dari Kepulauan Seychelles itu, dan berkongsi sedikit latar belakang dan pencapaian USM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di negara ini dan juga statusnya sebagai Universiti APEX.

“Saya amat berharap kedua-dua pihak akan mengambil kesempatan ini untuk menerokai peluang-peluang yang mungkin untuk menjalin kerjasama dua hala dalam program pertukaran pelajar dan program akademik terutamanya yang menjurus kepada bidang perubatan," jelas Sukari.

untitledbvmjbv

Tambah Sukari lagi, kedua-dua belah pihak juga perlu mengenalpasti bidang-bidang akademik tertentu dan kepakaran sedia ada yang boleh dikongsi bersama dan dikembangkan seterusnya untuk mewujudkan kerjasama serantau yang kukuh.

Menurut Terence Gavin Francoise pula, terdapat perkara yang boleh diterokai daripada USM khususnya dalam bidang perubatan dan beliau berharap lawatan ini akan menjadi titik permulaan bagi jalinan kerjasama yang erat.

jugyuyhjghj

Selepas sesi perbincangan, delegasi tersebut dibawa melawat ke Hospital USM untuk melihat sendiri kepakaran perubatan yang ditawarkan dan mereka juga dibawa melawat sekitar kampus.Yang turut hadir Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Shaiful Bahri Ismail; Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Dr. Adam Hussein; wakil-wakil jabatan dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan / Foto: Mohd Hafiz Yaacob

  • Created on .
  • Hits: 824

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024