USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA MELONJAKKAN KONSEP LINGKARAN EMPAT PIHAK MELALUI KTP

IMG 0328

PULAU PINANG, 1 Disember 2016 - Ahli-ahli akademik diminta untuk melonjakkan lagi pendekatan berdasarkan model Quadruple Helix atau Lingkaran empat pihak yang menggabungkan antara akademia universiti, industri perniagaan, komuniti dan kerajaan kepada model Hexagon yang menggariskan hubungan universiti dan masyarakat dengan lebih jelas.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Dr. Mary Yap Kain Ching, hal ini penting dalam memastikan penglibatan yang telus dan jelas oleh enam pihak iaitu akademia universiti, pelajar, pengurusan universiti, industri, komuniti dan Kerajaan.

ktp45

"Para akademia perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang pelbagai yang membolehkan mereka mendidik masyarakat sama ada masyarakat industri atau komuniti secara berkesan, tidak bersikap ‘syok sendiri’ dan terlalu taksub dengan teori dan falsafah serta mampu menterjemahkannya dalam konteks yang boleh difahami oleh semua pihak dengan memberi penekanan terhadap impak inovasi kepada industri dan masyakarat," kata beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Pemindahan Ilmu (KTP) Kali Ketiga di sini.

IMG 0355

ktp90

Tambah beliau, golongan pelajar Universiti Awam (UA) pula perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang pelbagai yang walau pun pelan pengajian tinggi telah menggariskan golongan graduan yang holistik namun tanpa initiatif kendiri dengan gabungan proses pembelajaran yang berteraskan industri dan pemasalahan masyarakat, hasrat untuk melahirkan pelajar yang holistik kemungkinan tidak akan tercapai. 

"Saya minta supaya semua UA mengambil initiatif yang lebih tegas dan kukuh terhadap penglibatan pelajar kepada penyelesaian masalah industri atau komuniti," tegas beluau.

Beliau turut nenekankan terhadap perlunya libat sama industri dari awal penubuhan sesebuah UA dan penawaran program pengajian, bukan setakat memberi kuliah atau sharing experience atau untuk tujuan latihan industri pada semester akhir sahaja tetapi pihak industri perlu dijadikan platform pembelajaran kepada pelajar dan ahli akademik, bukan sahaja universiti malah kepada pihak industri mengambil tindakan sewajarnya dan wajib berganding dengan UA dalam proses pembelajaran seawal semester 1. 

IMG 0415

"Pihak industri harus juga kehadapan untuk mendapatkan khidmat pakar dan menjadikan universiti sebagai tempat penyelidikan bagi tujuan penyelesaian masalah di syarikat masing-masing," tegas beliau.

Dalam konteks peranan universiti dan Kerajaan, sokongan universiti dalam bentuk polisi dalaman, pengiktirafan atau insentif perlu dikaji semula agar agenda KTP dapat dimartabatkan ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan yang merupakan pemegang taruh utama amat penting memayungi segala agenda dan initiatif kerajaan dilaksanakan dengan berkesan. 

kpt66

"Adalah wajar KTP diangkat sebagai agenda nasional. Kerangka ini perlu diteliti dengan lebih mendalam sebagai salah satu enjin utama dalam pembentukan kekayaan atau wealth creation di UA," kata beliau.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu turut menyentuh tentang peranan masyarakat dan impak usaha yang dibuat kepada masyarakat melalui gabungan universiti dengan industri dan kerajaan yang perlu diukur dari sudut  tahap kesejahteraan dan sosio-ekonomi serta kesannya kepada persekitaran dan masyarakat am.

"Dari sudut yang lain, masyarakat juga perlu mengubah cara berfikir dan tindak tanduk mereka terutamanya  daripada berharap kepada bantuan atau geran kerajaan kepada usaha yang lebih proaktif, bersedia untuk menyumbang dalam apa jua bentuk, dan mahu maju dalam kontek pemikiran dan budaya hidup yang bermakna masyarakat juga boleh memainkan peranan sebagai penggerak ilmu," tegas beliau.

kpt86

kpt44

Beliau berharap kajian tentang keberkesanan KTP akan diserahkan kepada pihak Kementerian untuk meningkatkan ia ke peringkat lebih tinggi sesuai dengan hala tuju kerajaan untuk melonjakkan inovasi sosial atau social innovation sekaligus memainkan peranan yang lebih besar dalam aktiviti kesarjanaan dan capacity building rakyat di Malaysia malah perlu diterjemahkan dalam kontek yang lebih luas - khususnya penyelidikan dan inovasi, kurikulum dan penyampaian pembelajaran di institusi pengajian tinggi, latihan dan pembangunan anak-anak, pekerja dan masyarakat di sektor persekolahan dan sektor pekerjaan.

Yang hadir sama ialah Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail; Pengerusi Program Pemindahan Ilmu, Profesor Dato' Dr. Omar Osman dan Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu USM Profesor Dr. Haslan Abu Hassan.

IMG 0477

gfhjgfut86 

Kira-kira 150 orang peserta menghadiri persidangan dua hari ini yang bermula semalam.

Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1550

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024