USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KETUA POLIS NEGARA HADIR TANDATANGAN MoA PDRM-USM

IMG 0079

USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2016 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Abu Bakar akan hadir untuk menandatangani bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

MoA ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama latihan di antara kedua-dua pihak iaitu dalam bidang Sains Forensik dan majlis akan diadakan pada hari Jumaat, 2 Disember 2016 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Persidangan Universiti (DPU), USM, Pulau Pinang.

Melalui kerjasama seperti ini yang dijalankan sejak tahun 2004, USM-PDRM telah melatih dan melahirkan seramai 372 graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Forensik).

Kolaborasi ini juga memberikan banyak peluang untuk menjalankan pelbagai projek penyelidikan yang melibatkan penggunaan senjata api, gunshot residue dan questioned document dengan bantuan dan sokongan pihak PDRM sebagai projek tahun akhir para pelajar pascasiswazah bagi pengajian peringkat Sarjana dan Kedoktoran.   

Turut hadir untuk menandatangani bagi pihak USM adalah Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1014

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024