NC USM BERTEMU MPPUSM BINCANG ISU-ISU PELAJAR DAN DEWAN PERUNDINGAN PELAJAR
USM, PULAU PINANG, 1 Disember 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini mengadakan perjumpaan bersama dengan hampir 40 Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM di Anjung Jannatun.
Perjumpaan lebih menjurus kepada perbincangan dan pembentangan MPPUSM dalam fungsinya di USM oleh Yang Di-Pertua MPPUSM Mohd Hazim Abdul Manaf yang turut menyampaikan pembentangan berkaitan MPPUSM serta maklum balas mengenai usul-usul untuk dibahaskan di Dewan Perundingan Pelajar (DPP).
MPPUSM bagi sidang 2016/2017 mempunyai 45 orang ahli dari Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan Kampus USM-KLE.
Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Timbalan Pendaftar Kanan Jabatan Pendaftar, Noriah Mohamad dan pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Ebrahim Abdul Manan
- Created on .
- Hits: 899