USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEBOLEHPASARAN GRADUAN TONGGAK UTAMA USM

IMG 0038a

PULAU PINANG, 3 April 2015 – Kebolehpasaran graduan merupakan tonggak utama yang menjadi hasrat utama Universiti Sains Malaysia (USM) untuk memacu kejayaan para mahasiswa dan siswazahnya pada masa hadapan.

Berucap merasmikan Ekspo Kerjaya dan Pendidikan USM 2015 (EKSPEN 2015) di Dewan Utama Pelajar (DUP) di sini hari ini, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata inilah antara perkara yang diharapkan dengan adanya EKSPEN 2015 untuk  membantu mahasiswa menerokai peluang-peluang pekerjaan dan mendapat pendedahan awal terhadap alam pekerjaan yang bakal para pelajar hadapi.

IMG 0045a

IMG 0077jjk

“Graduan yang berkualiti perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran agar dapat menggalas tanggungjawab di alam pekerjaan kelak dengan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sebagai pelajar universiti APEX agar dapat melahirkan siswazah yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah,” kata Omar lagi.

Naib Canselor menegaskan bahawa pelajar USM perlu mempersiapkan diri bagi memantapkan lagi kemahiran insaniah dalam diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Sementara itu,  Pengarah EKSPEN 2015, Norsyazana Ahmad Zamree, berharap agar EKSPEN ini dapat menjadi sebahagian daripada platform kepada bakal graduan dalam  membantu kebolehpasaran pekerjaan pada masa hadapan.

IMG 0131

IMG 0139gh

“Kerjasama antara pihak universiti dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang terlibat pada tahun ini berupaya menjadi sumber perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada bakal siswazah pada masa hadapan," kata Norsyazana lagi.

EKSPEN 2015 dengan tema “Unleashing Your Potential” menampilkan kelainan dengan mengangkat tema kelestarian dalam memacu agenda USM selaras dengan hasrat sebuah universiti APEX melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada tahun ini termasuk mengadakan majlis perasmian secara sederhana dan santai di luar dewan. 

IMG 0197

IMG 0195

Naib Canselor turut melancarkan bendera rasmi EKSPEN yang memperlihatkan penjenamaan EKSPEN yang masuk tahun ke-14 penganjurannya. 

EKSPEN adalah  aktiviti tahunan yang dirangka untuk membantu para pelajar merancang dan menerokai dunia pekerjaan pada masa hadapan dan pada tahun ini sebanyak 59 buah syarikat termasuk Talentcorp, Jobstreet.com, Toray Group dan Maybank mengambil bahagian dengan penawaran lebih 1,000 peluang pekerjaan melalui pameran kerjaya dan juga temuduga terbuka kepada para bakal graduan. 

Program tahunan anjuran Pusat Penempatan Graduan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) ini mendapat penajaan utama dari Cisco System di samping GS Paper & Packaging Sdn Bhd dan juga Public Bank.

IMG 0185

IMG 0151dv

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Dato' Dr. See Ching Mey; Timbalan Pendaftar, HEP USM, Haji Husin Yahaya; pegawai-pegawai utama universiti, dan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar. Teks:Siti Naquiah Abdillah / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1701

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024