USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ATLET USM TERIMA ANUGERAH IKON MUDA 2016 KATEGORI SUKAN

15267915 1174369459279287 5913251830861873071 n

KUALA LUMPUR, 30 November 2016 - Atlet Universiti Sains Malaysia (USM), Fatin Nurfatehah Mat Salleh hari ini dianugerahkan Anugerah Ikon Muda 2016 bagi kategori sukan ketika Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

Selain Fatin, turut menerima anugerah adalah pelakon, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri dianugerahkan Anugerah Ikon Muda 2016 kategori seni; Norerama Pagukuman (Penyelidikan dan Inovasi) dan Sofia Ahmad (Keusahawanan).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semua penerima dipilih sebagai penerima ikon berdasarkan sumbangan yang diberikan di lapangan masing-masing terhadap masyarakat.

Fatin yang berasal dari Sabah adalah atlet memanah negara yang sedang mengikuti pengajian di USM dalam bidang Sarjana Sains Sukan di Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 959

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024