USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN PITCHING BMC SEMPENA PROGRAM SISWAPRENEUR PUTRA @ 1 MALAYSIA

 15171186 1238164132911284 5778738705239887225 n

PULAU PINANG, 27 November 2016 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kelmarin membanggakan warganya apabila memperolehi tempat kedua dalam Pertandingan Pitching Business Model Canvas (BMC) Sempena Program Siswapreneur Putra @1 Malaysia.

USM diwakili oleh 4 orang pelajar iaitu Iza Fazlan Mohd Nor (Pusat Pengajian Sains Komputer), Muhammad Adib Sahadudin (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan), Muhammad Arif Yahya (Pusat Pengajian Sains Kemanusiaan) dan Muhamad Nazri Mohd Anowar (Sains Sukan).

Dalam pertandingan ini, USM membuat pembentangan berkaitan perniagaan dalam kampus iaitu "UniStorage Student Campus Mail" iaitu perkhidmatan penghantaran dan penerimaan surat pelajar di kampus selain dari perkhidmatan lain yang disediakan iaitu moving services, self-storage services, packing and supply services, pick-up and delivery services, dan custom clearance services.

Selaku tempat kedua, USM membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 beserta sijil.

Sebanyak 12 Universiti Awam dan Universiti Swasta terlibat dalam pertandingan ini dan tempat pertama dimiliki oleh Universiti Malaya (UM) manakala tempat ketiga pula disandang oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini merupakan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1486

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024