USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AMBIL TAHU SEJARAH MALAYSIA - TENGKU RAZALEIGH

EAM 3576

USM, PULAU PINANG, 26 November 2016 - Anak muda pada masa kini perlu ambil tahu dan kaji sejarah Malaysia dan juga tokoh-tokoh sejarah tanah air termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berbanding mengetahui mengenai tokoh dan sejarah negara luar.

Demikian kata Pengucaptama Syarahan Perpaduan yang bertajuk "Visi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia", Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan di sini hari ini.

EAM 3608

"Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menarik minat para pelajar dan juga anak muda untuk mengenali tokoh negara dan juga secara terperinci sejarah Malaysia," tambah Tengku Razaleigh kepada lebih 200 orang pelajar dan orang awam yang menyertai syarahan ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal pula, visi terpenting negara setelah merdeka ialah mengeluarkan para ilmuwan dan pakar dalam bidang Sains dan Teknologi kerana ilmu pengetahuan adalah penting dalam pembangunan negara serta bagi menjana kemakmuran pada masa akan datang.

EAM 3600

latif67

"Saya percaya wacana ilmu seperti ini perlu diperbanyakkan dan mesej perpaduan yang disebut oleh Bapa Kemerdekaan perlu diperjelaskan supaya lebih difahami," tambah Ahmad Shukri.

Hadir dan memberikan ucapan adalah Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP), Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Yussof Latiff yang menyatakan hasrat dan tujuan majlis ini diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Bapa Kemerdekaan yang ke-103 serta menyelami sejarah Malaysia.

latiff78

EAM 3619

Syarahan Perpaduan tersebut adalah anjuran MPMNPP dengan kerjasama USM, Think City dan Arkib Negara Malaysia.

EAM 3710

Turut diadakan adalah Forum Perpaduan membariskan panel termasuk Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economics Affairs (IDEAS) Wan Saifulruddin Wan Jan, Pengerusi BERNAMA Dato' Seri Azman Ujang dan Kolumnis tetap akhbar The Sun R. Nadeswaran.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Ebrahim Abdul Manan

  • Created on .
  • Hits: 1320

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024