USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DRAMA TARI HANG TUAH DAN PUTERI GUNUNG LEDANG USM DAPAT SAMBUTAN DI JOGJAKARTA

 untitledsdfgfrg

PULAU PINANG, 24 November 2016 – Drama Tari Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang yang mengisahkan tentang hikayat cinta antara dua insan dari Melaka (Tuah) dan Majapahit (Puteri Gunung Ledang) yang dihalang oleh kekuasaan Sultan Melaka pada ketika itu mendapat sambutan dalam Festival Seni Internasional 2016 di Jogjakarta, Indonesia yang sedang berlangsung.

Festival yang dianjurkan dua tahun sekali ini berlangsung pada 21 November lalu dan akan berakhir pada 26 November 2016. Drama Tari itu dijayakan oleh Kumpulan Kesenian Adikarma USM di bawah Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM sebagai wakil tunggal universiti Malaysia.

untitledgfhgfhg

untitledgfhghg

Menurut Pegawai Kebudayaan Kanan USM, Zulkifli Che Hussin, seramai 20 orang pelajar dijemput oleh Pusat Pengembangan dan Pemberdayaan Pendidik dan Tenaga Kependidikan (PPPPTK) Seni dan Budaya Jogjakarta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia untuk turut  berkongsi pentas dengan para artis seni dalam mempersembahkan kebudayaan pelbagai negara termasuk  dari Amerika Syarikat, Taiwan, Singapura, Filipina, Denmark, Ukraine, Croatia, Ecuador, Sepanyol, Republik Czech, Timor Leste dan Indonesia sendiri.

Jelas Zulkifli, penyertaan ini memberi peluang untuk mencari idea yang boleh digunakan dan diadaptasikan di universiti dalam membangunkan minat dan bakat pelajar dalam bidang kesenian yang boleh disertai oleh warga USM merentasi disiplin pengajian.

untitledgjmjm

Drama Tari ini adalah karya dan arahan Hafiz Sani manakala Zulkifli Che Hussin adalah pengarah artistik dan tata cahaya. Kareografinya diarahkan oleh pelajar tahun ketiga Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Jerry Yacob.

Menurut Jerry, peluang keemasan ini digunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan budaya Malaysia di peringkat antarabangsa.

untitledgfhgfhj

“Pengalaman ini juga menjadi platform terbaik untuk melihat cara dan teknik terbaik dalam usaha memartabatkan hasil seni dan budaya memandangkan tuan rumah festival ini merupakan pusat budaya yang aktif dan kreatif. Perkara ini juga mampu membantu Kumpulan Kesenian Adikarma untuk melahirkan idea-idea yang bernas dan menarik untuk menganjurkan aktiviti seni dan budaya selepas ini di USM,” katanya lagi.

  • Created on .
  • Hits: 1972

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024