PROGRAM HORMATI IBU BAPA (HOPE)
USM, PULAU PINANG, 21 November 2016 - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Sathya Sai Baba Centre, Taman Brown, Pulau Pinang akan bekerjasama menganjurkan Program Honour Our Parents (HOPE) pada 23 November 2016, bermula jam 2.00 – 5.00 petang di Dewan Budaya, USM.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Dr. Azlinda Azman, objektif utama program ini adalah untuk menyemai sikap penyayang dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah yang merupakan generasi muda akan kepentingan menghormati dan mengasihi ahli keluarga, khususnya ibu bapa dalam kehidupan sehari-hari.
Jelasnya, program yang terbuka kepada ibu bapa dan pelajar ini dijangka dihadiri sama para pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar negeri Pulau Pinang.
Program ini akan meliputi ceramah kesedaran, pertandingan drama antara sekolah-sekolah dan siri pameran yang melibatkan tenaga pakar dalam kalangan pensyarah USM iaitu daripada PP Sains Kemasyarakatan dan PP Pengajian Seni.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1296