USM TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN PIDATO INTEGRITI PERINGKAT IPT 2016
USM, PULAU PINANG, 20 November 2016 - Nur Atikah Junaidi dari Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini bertuah apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Integriti Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi tahun 2016.
Seramai 7 peserta berentap untuk pertandingan akhir ini dan mereka datang dari 4 institusi pendidikan tinggi awam iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
Johan dan Naib Johan masing-masing disandang oleh Adam Muhammad Taufiq bin Mohamad Suharto dan Mohamad Asyraf bin Che Ibrahim dari UiTM Shah Alam.
Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk mengiktiraf pidato sebagai salah satu wadah penyampaian maklumat dalam kalangan mahasiswa serta memupuk pemahaman mahasiswa tentang makna integriti yang sebenar dalam dunia yang serba moden kini.
Pertandingan ini merupakan anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa USM dan diadakan selama 2 hari (19-20 November 2016) di Dewan Utama Desasiswa (DUD) USM.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: SRIMUSM
- Created on .
- Hits: 1125