PELAWAAN MENGIKUTI PROGRAM PERSIJILAN PENGAJIAN ISLAM (PPI) PUSAT ISLAM USM
USM, PULAU PINANG, 17 November 2016 - Pusat Islam USM dengan usahasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang akan membuat pengambilan baru program Persijilan Pengajian Islam (PPI) untuk sesi 2017-2018.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Pusat Islam USM, Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali, program persijilan ini mengandungi silibus pengajian Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab, dan PPI ini menawarkan 2 persijilan iaitu Sijil Pengajian Islam (SPI) dan Sijil Takhassus al-Quran dan Pra Tahfiz (START).
Kelas adalah pada setiap hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM371 dan yuran setiap satu semester adalah sebanyak RM380.
“Peserta boleh memilih salah satu program persijilan ini dan tempoh pengajian adalah selama 2 tahun (4 semester),” tambahnya.
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi penyelaras program iaitu Mohd Zamrus Mohd Ali di talian 019-4957097 atau 04-6533779/3884/3779. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2016.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 1819