USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEKUMPULAN PENSYARAH PPSK USM KONGSI ILMU DAN KEPAKARAN SOSIAL BERSAMA UNPAD INDONESIA

untitleddfghf

USM, PULAU PINANG, 13 November 2016 - Sekumpulan pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) berkongsi kepakaran mereka di Fakultas Ilmu Sosial & Ilmu Politik (FISIP), Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung, Indonesia baru-baru ini di Simposium “Kerjasama Publikasi Internasional dan Kuliah Umum Isu-Isu Sosioglobal dan Pembangunan Indonesia-Malaysia” yang merupakan program anjuran bersama UNPAD dan USM.

Menurut Pensyarah PPSK, Dr. Paramjit Singh Jamir Singh, perkongsian ilmu adalah berkaitan HIV/AIDS yang merupakan isu global dan kini hampir 5 juta penduduk di Indonesia telah dijangkitinya.

"Perkongsian ilmu tentang teknik pencegahan dan pendidikan HIV/AIDS ini amat penting supaya negara Malaysia dan Indonesia dapat mengambil pendekatan efektif bagi menangani penularan wabak HIV/AIDS pada masa akan datang dan jemputan perkongsian kepakaran dan ilmu di UNPAD ini merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan untuk USM,” jelas Paramjit.

Sementara itu, beberapa orang pensyarah dari pusat pengajian yang sama juga turut berkongsi kepakaran mereka di Simposium tersebut iaitu Dr. Mohamad Shaharudin Samsurijan yang berkongsi ilmu berkaitan Pembangunan Komuniti Bandar: Perspektif Lestari, Dr. Mohd Haizzan Yahaya - Kesejahteraan Sosial dan Kemiskinan Bandar, Dr. Nadhrah A Kadir - Polisi Pengangkutan Pulau Pinang: Cabaran dan Harapan, Dr. Law Chee Hong - Ekonomi Kewangan dan Dr. Siti Rahyla Rahmat - Bioekonomi dan Rantaian Nilai Global dalam Industri Minyak Sawit.

untitledfgfd

Dekan FISIP, UNPAD, Dr. R. Widya Setiabudi Sumadinata merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah PPSK USM kerana sudi berkongsi kepakaran mereka di simposium ini.

"Saya menyifatkan Simposium ini berjaya dan sangat bermanfaat kerana maklumat yang disampaikan oleh tenaga pakar dari PPSK USM sangat berguna bagi seluruh warga pelajar dan pensyarah FISIP, UNPAD dan saya berharap dengan adanya simposium sebegini hubungan UNPAD dan USM akan bertambah kukuh,” tambahnya.

Simposium ini melibatkan pelajar Fakulti FISIP dan PPSK serta beberapa orang pensyarah dari UNPAD dan USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Dr. Paramjit Singh Jamir Singh

  • Created on .
  • Hits: 2241

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024