KONSEP 'KAIZEN' DIJADIKAN BUDAYA KERJA MASYARAKAT JEPUN
USM, PULAU PINANG, 11 November 2016 – Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka.
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat. Atas pegangan etika yang kukuh telah membentuk kesepakatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja.
Menurut wakil daripada Green Grass Japan Sdn Bhd, Isan Nagamine, masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja serta sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti.
“Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep ‘kaizen’ dilaksanakan bagi melahirkan semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, konsep ‘mottainai’ merupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun.
“Konsep ini bermaksud setiap manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar,” katanya lagi dalam syarahannya dalam ‘Talk on Japanese Culture’ sempena Sakura Week 2016 di sini, semalam.
Program ini anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT) dengan sokongan The Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL).
Yang hadir sama dalam siri syarahan ini wakil daripada JFKL, Dr. Tsuji Shyuji dan Profesor Madya Dr. Siriporn Wajjwalku.
Teks: Syuhada Abd. Aziz
- Created on .
- Hits: 2790